the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT siasat tindakan Ahli Parlimen pembangkang guna pili bomba atasi masalah bekalan air

IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen pembangkang di Kelantan yang menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.

Menterinya Nga Kor Ming berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen tersebut kerana ia merupakan perkara yang tidak bertaggungjawab untuk dilakukan mana-mana individu.

“Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.

“Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Bersama Bomba anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba untuk mengagihkan bekalan air kepada penduduk setempat berikutan beberapa kawasan di Parlimen itu menghadapi masalah bekalan air.

Tindakan Siti Zailah itu dikecam pengguna Twitter yang membidas tindakan ahli Parlimen itu yang dianggap tidak wajar dilakukan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings