the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Curi batu nisan: JAINJ tambah baik SOP di tanah perkuburan Islam Taman Istimewa

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di sini susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut baru-baru ini.

Pengarahnya Jamaludin A. Hamid berkata antaranya menetapkan waktu masuk ziarah bagi pelawat bermula dari 7 pagi hingga 6 petang dan hanya satu laluan utama dibuka seperti disarankan pihak polis, berbanding tiga pintu untuk memasuki ke kawasan itu sebelum ini.

“Pengurusan masjid dan kubur juga akan mengambil inisiatif mengupah atau menambah kakitangan sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan terutama pada waktu malam.

“JAINJ juga akan memberi dana kepada pihak pengurusan tanah perkuburan itu untuk menaik taraf kawasan tersebut termasuk penyelenggaraan dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta di bangunan stor kerana terdapat juga cubaan untuk pecahkan tabung,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Taman Istimewa di sini hari ini.

Ditanya mengenai punca kecurian batu nisan tersebut, Jamaludin tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri itu untuk dijual semula berikutan harga yang tinggi di pasaran.

Menurutnya selain nisan batu sungai, turut dilaporkan hilang adalah batu nisan jenis Terazo dan Marble.

“Kita faham selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ada yang ambil kesempatan dan jalan mudah. Nisan batu sungai yang dicuri itu berharga lebih kurang RM450 satu, jadi agak lumayan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa yang dikesan ketika waris datang melawat.

Sebanyak 11 kubur ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings