the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang rakyat Malaysia antara korban kebakaran hotel kasino Kemboja

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja.

Wanita berusia 73 tahun itu dan suaminya warga Thailand maut dalam kebakaran yang berlaku di hotel kasino Grand Diamond City di Poipet, Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada 11.30 malam (waktu tempatan) Rabu.

Wanita itu, yang namanya dirahsiakan dan suaminya berusia 70 tahun pergi ke Poipet untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuannya.

M. Ramesh, saudara kepada si mati berkata ahli keluarga cuba menghubungi kedua-dua mereka selepas mengetahui tentang kebakaran itu tetapi gagal.

“Mereka kemudiannya dijumpai terkunci di dalam bilik hotel mereka.

“Kedua-duanya ditemukan mati akibat terhidu asap,” katanya kepada Bernama.

Ramesh mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan Bangkok atas bantuan menghantar pulang jenazah.

Wanita itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Thai Islam di Bangkok pada petang Sabtu.

Pengebumian dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Kebakaran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang – 17 warga Thailand, seorang warga Malaysia dan seorang warga Nepal.

Timbalan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana, Kun Kim berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, lapor AFP. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings