the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peluncur ski as Kyle Smaine meninggal dunia dalam runtuhan salji di Jepun

NEW YORK: Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine (gambar) yang terbunuh dalam insiden runtuhan salji di Jepun, menurut jurugambar Grant Gunderson.

“Semalam adalah mimpi ngeri terburuk saya,“ jelas Gunderson di Instagram pada Ahad.

Gunderson, Smaine dan seorang lagi peluncur ski sedang menghabiskan hari terakhir mereka di Pusat Peranginan Ski Tsugaike Kogen.

Bagaimanapun, Gunderson tidak menyertai aktiviti meluncur pada hari kejadian.

Ketika kejadian, Smaine dikatakan melambung ke udara setinggi lebih 160 kaki (48 meter).

Sementara itu, bapa kepada pemain ski berusia 31 tahun itu mengesahkan kepada NBC News bahawa anaknya yang memenangi Kejohanan Ski Dunia FIS di Austria pada 2015 – meninggal dunia dalam runtuhan salji, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada hari sebelumnya, Smaine menerusi hantaran di Instagram berkata salji yang luar biasa diikuti ribut tanpa henti dan suasana yang sangat menyeronokkan menjadi antara daya tarikan untuk pergi ke Jepun setiap kali tiba musim sejuk.

Hantaran itu disertakan dengan video yang memaparkan Smaine sedang beraksi.

Bagaimanapun, peluncur ketiga yang dikenal pasti sebagai Adam terselamat selepas tertimbus di bawah salji setinggi lima kaki selama 25 minit. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings