the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2023

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023 dan mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” zahir Seri Paduka Baginda berdua.

Sambutan ambang tahun baharu yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka, di sini, malam ini diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Ia diganti dengan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya bermula 6.30 petang ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings