the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hentakan objek keras dan tumpul di kepala punca kematian kanak-kanak empat tahun

JOHOR BAHRU: Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat adalah disebabkan hentakan objek keras dan tumpul di kepala.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Hasil bedah siasat dibuat secara teliti dan pakar HSI mendapati bahawa punca kematian adalah blunt trauma to the head iaitu hentakan benda keras.

“Walau bagaimanapun terdapat kesan calar, kesan gigitan.. insya-Allah siasatan kita teruskan untuk dapatkan maklumat hasil bedah siasat,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor KOR Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi 2022 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kita merakam percakapan ahli keluarga dan beberapa orang saksi yang kita yakin dapat membantu siasatan dan ada lagi individu akan dipanggil untuk dirakam percakapan,“ katanya.

Sementara itu, lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman bermula Ahad hingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom di sini kira-kira 5.30 petang.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 23 Dis setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia Isnin lepas.

Kanak-kanak itu dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya (pengadu) untuk dijaga.

Polis sebelum ini mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan mangsa dan antara kecederaan yang dapat dilihat ialah kesan dicucuh api atau benda panas termasuk di kemaluan serta gigitan di telinga.

Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun dan suaminya, 37. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings