the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik kedai aksesori kereta buat laporan palsu konon dipecah masuk

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai aksesori kereta dikesan membuat laporan palsu dengan mendakwa kedainya di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian RM600,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada 1.09 tengah hari Jumaat lepas.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiada kejadian pecah kedai seperti dilaporkan dan lelaki itu mengaku membuat laporan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu terhadap lelaki itu dan dia akan dipanggil ke mahkamah untuk pertuduhan dalam masa terdekat

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sehingga mengelirukan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings