the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat penerbangan digesa tawar tambang berpatutan ke Sarawak menjelang sambutan perayaan

KUCHING: Syarikat-syarikat penerbangan digesa menawarkan tambang penerbangan berpatutan ke Sarawak untuk musim perayaan akan datang.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata kementeriannya juga telah menulis surat kepada semua syarikat penerbangan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai perkara itu.

“Ini bagi memastikan tambang penerbangan berpatutan untuk rakyat kita, terutama dalam kalangan pelajar dan mereka yang ingin melawat ahli keluarga serta sanak saudara pada musim perayaan, di Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia.

“..kita tetap menggalakkan bakal pengembara untuk merancang perjalanan mereka dan menempah tiket penerbangan awal untuk mendapatkan tambang penerbangan promosi dan diskaun,” katanya dalam ucapan penggulungan mengenai bajet negeri untuk tahun depan, di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Lee berkata setakat Jan hingga Sept tahun ini, sejumlah 88,979 pesawat dan 6,013,068 pergerakan penumpang direkodkan di semua lapangan terbang Sarawak.

Beliau berkata kebanyakan penerbangan adalah dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, Brunei dan Singapura.

“Bagi kargo, 47,451 tan pergerakan kargo direkodkan di semua lapangan terbang Sarawak termasuk di lapangan terbang pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOLport) dari Jan hingga Sept tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata Sibu akan memiliki penerbangan terus pertamanya ke Singapura, apabila AirAsia Berhad mengadakan penerbangan sulungnya pada 16 Dis akan datang, menawarkan empat penerbangan ke negara republik itu setiap minggu.

“Kami percaya ini akan memberi kemudahan kepada pelancong perniagaan dan pelancong yang akan merangsang aktiviti ekonomi di Sibu,“ tambahnya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Federal court sets Oct 8 to hear Zahid, AG’s bid to block Malaysian Bar’s...

The Federal Court has set Oct 8 to hear applications by Zahid Hamidi and the Attorney-General seeking leave to appeal against a Court of Appeal ruling that allowed the Malaysian Bar to challenge the Yayasan Akalbudi case discontinuation

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings