the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga maut, seorang hilang selepas hujan lebat landa New Zealand

WELLINGTON: Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas hujan lebat melanda bandar terbesar Auckland di New Zealand.

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam pembetung manakala mayat seorang lagi mangsa ditemukan di tempat letak kereta dalam kejadian berasingan.

Mangsa ketiga maut selepas tanah runtuh menimpa sebuah rumah.

Operasi mencari mangsa keempat yang dihanyutkan air sedang giat dilakukan.

Darurat turut diisytiharkan di seluruh Auckland yang memiliki populasi kira-kira 1.6 juta penduduk, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada Sabtu, Pengurusan Kecemasan Auckland memaklumkan hujan turun sehingga 265 milimeter (mm) di beberapa bahagian bandar itu pada Jumaat.

Pasukan bomba telah mengendalikan lebih 2,000 panggilan dan melaksanakan 126 operasi menyelamat, kata pengurus daerah dari Jabatan Bomba dan Kecemasan New Zealand, Brad Mosby.

Sementara itu, tiada penerbangan antarabangsa boleh berlepas atau mendarat di lapangan terbang terbesar negara itu sekurang-kurangnya sehingga Ahad akibat hujan lebat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings