the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Park: Kemenangan ke atas M’sia hadiah akhir tahun buat peminat

HANOI: Ketua jurulatih Vietnam Park Hang Seo berkata kemenangan pasukannya 3-0 ke atas Malaysia pada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini malam tadi, merupakan hadiah akhir tahun buat semua peminat Golden Star Warriors.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, kemenangan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh adalah kejayaan manis yang wajar diraikan.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kedatangan tahun baharu dan di penghujung 2022, adalah sesuatu yang manis apabila kami dapat mengalahkan Malaysia 3-0.

“Sebelum permainan saya memberitahu pemain, pasukan perlu memenangi perlawanan ini sebagai hadiah untuk peminat. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana merealisasikan hasrat saya,” kata Park, 65, pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Tiga gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh pada minit ke-29, Que Ngoc Hai menerusi sepakan penalti (minit ke-64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.

Perlawanan itu juga dicemari banyak kesalahan dilakukan pemain kedua-dua pasukan, menyaksikan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato terpaksa melayangkan dua kad merah kepada Nguyen Van Toan dan Muhammad Azam Azmi Murad, selain penalti buat pasukan tuan rumah.

Kemenangan ke atas Malaysia itu bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menentang skuad Harimau Malaya dalam semua pertandingan sejak 2014, tetapi juga meletakkan Vietnam di tangga teratas Kumpulan B berkongsi enam mata dengan Malaysia (kedua) dan Singapura (ketiga) tetapi dengan perbezaan gol yang lebih besar.

Tiga mata lagi sekiranya diperoleh menentang Singapura di tempat lawan di Stadium Jalan Besar, Jumaat ini akan membantu Vietnam layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan tetapi Park tetap berhati-hati mengenai perlawanan itu.

“Terdapat empat perlawanan dalam peringkat kumpulan. Kami baru main dua perlawanan. Moto saya bergerak kukuh ke hadapan pada setiap perlawanan. Saya tidak boleh mengatakan apa-apa mengenai perlawanan seterusnya. Saya hanya tahu pasukan perlu memaksimumkan sumber untuk meraih hasil yang baik,” kata Park.

Malaysia dijadual bertemu Singapura dalam aksi ‘hidup mati’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Jan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings