the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jersi baharu Selangor FC bertemakan memori Stadium Shah Alam

SHAH ALAM: ‘Memori Stadium Shah Alam’ diangkat menjadi tema jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023.

Selangor FC dalam kenyataan menerusi portal rasminya memaklumkan jersi utama atau home itu direka khas buat penyokong Merah Kuning, selain menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan stadium itu.

“Penggunaan warna merah sebagai warna utama jersi ini adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan dan warna ‘pasir’ sebagai warna kedua, kerana pasir ialah satu daripada komponen konkrit yang merupakan bahan binaan asas utama Stadium Shah Alam.

“Penggunaan sudut pandangan luar bentuk Stadium Shah Alam diletakkan sebagai simbol utama di belakang, manakala sudut pandangan hadapan stadium diterapkan di kolar dan lengan jersi ini. Label tag pada sisi kanan jersi ini pula merupakan koordinasi kedudukan stadium yang pelbagai kenangan tercipta dan tanah tumpah perjuangan Selangor,“ menurut kenyataan itu.

Katanya, motif wave yang timbul pada jersi berkenaan ialah berasaskan corak petak berisikan perkataan Selangor yang diambil daripada tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam yang cukup ikonik dalam kalangan penggemar kancah bola sepak Selangor dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dalam kenyataan sama berkata pemilihan Stadium Shah Alam sebagai tema jersi home Gergasi Merah musim ini kerana ia melambangkan semangat kebersamaan antara kekuatan rakyat dengan pasukan Selangor sehingga kini.

“Sejarah pencapaian kelab di stadium ini amat berharga dan sukar ditandingi. Kami merasakan ini adalah masa yang terbaik bagi kita mengabadikan memori stadium ini dan pada masa yang sama turut menjadikan momen ini sebagai satu titik permulaan dan lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan Selangor.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif memilih Stadium Shah Alam sebagai tema utama jersi home 2023 dengan menerapkan elemen ikonik infrastruktur stadium berkenaan ke dalam jersi ini. Tabik Terakhir merupakan mesej penghormatan dan penghargaan kepada sejarah dan memori stadium itu sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam,” katanya.

Jersi baharu itu boleh didapati pada Majlis Hari Jersi Selangor hari ini bermula pukul 10 pagi di pusat beli-belah SACC Mall, di sini dan secara dalam talian menerusi laman rasmi selangorfc.com. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings