the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lelaki warga Myanmar disyaki pecah masuk kedai pakaian

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah di sini tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Pandan Indah pada hari Jumaat dan semalam.

“Dalam kejadian Jumaat lepas pekerja kedai berkenaan mendapati pintu masuk di tingkat satu kedai telah terbuka manakala mangga pada pintu masuk telah dipotong, dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup kedai mendapati dua lelaki asing telah memecah masuk kedai sebelum melarikan pelbagai barangan.

“Pengadu (pemilik kedai) menganggarkan kerugian RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua suspek perkenaan pada pukul 11.40 pagi Jumaat serta 1.20 pagi semalam, dan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine.

“Polis turut merampas beberapa barang seperti komputer riba, peti simpanan duit, alatan dipercayai bagi memecah masuk rumah, pelbagai telefon bimbit dan jam tangan berjenama daripada suspek, yang disyaki dicuri,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah/premis bagi tujuan mencuri.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings