the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemimpin kanan politik Pakistan Fawad Chaudhry ditahan

NEW DELHI: Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal Fawad Chaudhry, seorang pemimpin Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan dan bekas menteri persekutuan.

Fawad, yang berkhidmat sebagai menteri di bawah bekas perdana menteri Imran Khan, ditahan kerana “menghasut untuk melakukan keganasan terhadap institusi perlembagaan”, lapor media Pakistan.

Beliau dihadapkan ke mahkamah di bandar Lahore pada Rabu, beberapa jam selepas ditahan di rumahnya.

Fawad sebelum ini mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) selain memberi amaran tentang protes di seluruh negara jika terdapat sebarang percubaan untuk menangkap Imran.

PTI awal bulan ini melepaskan kuasa di Punjab, wilayah paling ramai penduduk yang kini berada di bawah kerajaan sementara sehingga pilihan raya baharu diadakan.

Parti itu membuat bantahan terhadap keputusan suruhanjaya pilihan raya untuk melantik Mohsin Raza Naqvi, pemilik kumpulan media, sebagai ketua menteri baharu Punjab.

Ia menuntut pilihan raya nasional baharu sejak kerajaan persekutuannya digulingkan pada April tahun lepas yang merupakan sebahagian daripada apa yang disebut oleh Imran sebagai konspirasi perubahan rejim yang disokong asing.

Penahanan Fawad mendapat kecaman hebat daripada kepimpinan kanan parti.

“Kerajaan import mengamuk,“ kata Farrukh Habib, seorang tokoh utama parti itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings