the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor minta penyokong Selangor FC jaga tingkah laku, elak provokasi

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan penyokong Selangor FC agar menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, hari ini, Sultan Sharafuddin berharap penyokong pasukan Merah Kuning itu tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan termasuk terbabit dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan perlawanan.

Hantaran tersebut turut memaklumkan Sultan Selangor berharap setiap penyokong haruslah bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

Sultan Sharafuddin juga mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para pemain.

Baginda turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Selangor FC dan JDT, menurut hantaran itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings