the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Kelantan dan Terengganu menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat, manakala Kelantan dan Terengganu menurun dan di Perak serta Sarawak pula bilangannya kekal setakat 8 pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 212 mangsa daripada 77 keluarga pagi ini berbanding 150 mangsa daripada 49 keluarga malam tadi.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu turut dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dengan 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan, manakala satu lagi PPS daerah itu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa kekal dengan 150 mangsa daripada 49 keluarga.

Bagi fenomena air pasang besar, Sandakan menjadi daerah terbaharu terkesan dengan seramai 162 mangsa daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke sebuah PPS, terutama melibatkan mereka yang tinggal di rumah atas air.

Fenomena berkenaan setakat ini turut menyaksikan seramai 721 mangsa daripada 163 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas, manakala 54 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu, menjadikan keseluruhan 937 mangsa daripada 207 keluarga dipindahkan.

Sementara itu, di TERENGGANU, JPBN dalam kenyataan memberitahu jumlah mangsa banjir yang masih berada di PPS menunjukkan penurunan kepada 5,810 pagi ini berbanding 6,356 mangsa malam tadi.

Sebanyak 44 PPS iaitu di Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus masih beroperasi yang menempatkan 1,651 keluarga.

Jumlah mangsa juga menurun di KELANTAN, dengan seramai 12,786 orang daripada 4,393 keluarga berlindung di dua PPS di Pasir Mas dan Tumpat direkodkan, berkurangan pagi ini berbanding 12,830 orang daripada 4,405 keluarga malam tadi.

Di PERAK, Sekretariat JPBN berkata jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 75 orang daripada 19 keluarga dan berada di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk.

Begitu juga di SARAWAK, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal seperti setakat 11 malam tadi iaitu 1,424 mangsa daripada 381 keluarga dan ditempatkan di 16 PPS, menurut JPBN. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings