the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemboja rancang bina landasan HSR hubungkan Phnom Penh dengan sempadan Thailand

PHNOM PENH: Kemboja merancang untuk menaik taraf landasan sedia ada di utara Phnom Penh-Poipet dengan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dijangka menelan kos lebih AS$4 bilion, memetik kenyataan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan pada Selasa.

Perbadanan Jalan dan Jambatan China (CRBC) telah membentangkan laporan awal kajian mengenai kebolehlaksanaan mengenai menaik taraf landasan kereta api itu Phnom Penh-Poipet kepada kementerian pada Isnin.

Poipet ialah bandar sibuk yang berkongsi sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.

“Laporan awal menunjukkan bahawa laluan rel sepanjang 382 kilometer (km) itu memerlukan modal pelaburan lebih AS$4 bilion termasuk lokomotif elektrik dan gerabak serta pembinaannya akan mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan,“ menurut kenyataan itu.

Projek itu akan dilengkapi dengan landasan selebar 1.43 meter dan HSR dengan kelajuan 160 km sejam serta terdapat sejumlah 33 stesen dan lebih 300 jejantas.

Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Sun Chanthol berkata kerja-kerja pembinaan projek itu dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

Projek itu dijangka bakal menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo antara Kemboja dan Thailand serta negara lain dalam ASEAN, menurut kenyataan itu.

Kemboja kini mempunyai dua laluan kereta api yang menghubungkan Phnom Penh dan bandar Poipet, sepanjang 382 km dan laluan menghubungkan Phnom Penh dan wilayah pelabuhan antarabangsa Preah Sihanouk sejauh 266 km.

Kedua-dua laluan itu dibina antara 1929 dan 1969 dan telah mengalami kerosakan semasa perang saudara selama beberapa dekad dan buat masa ini kereta api itu hanya boleh bergerak pada kelajuan 30 hingga 40 km sejam sahaja. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings