the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mesyuarat khas MKT Umno bincang tawaran PH, PN, bukan gesaan Zahid letak jawatan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (foto) kepada media, sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Beliau berkata mesyuarat juga akan membincangkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun, katanya, isu berhubung gesaan beberapa pihak mahu Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan tiada dalam agenda mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata mesyuarat turut akan membincangkan tentang isu 10 Ahli Parlimen BN yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 sebelum ini.

“Kita pasti bincang perkara ini kerana satu perkara yang kita kena ingat dalam perlembagaan parti iaitu sebelum semua calon BN menerima watikah, ada empat dokumen perundangan yang perlu ditandatangani iaitu surat tawaran, surat akuan bersumpah, surat perjanjian pencalonan dan surat aku janji.

“Secara kolektifnya keempat-empat dokumen ini memberi indikasi bahawa kerusi yang ditandingi oleh mana-mana Ahli Parlimen BN itu bukan milik peribadi, bukan milik parti-parti komponen tetapi adalah milik BN,” katanya.

Terdahulu, antara pimpinan UMNO yang dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat itu setakat jam 9 malam ialah tiga Ahli MKT iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings