the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekadin cadang jawatan ketua menteri Sabah guna gelaran ‘Premier’

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.

Sehubungan itu, Presidennya Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti.

Katanya Pekadin berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri sebaiknya sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua-dua negeri itu yang setara.

“Penyelarasan gelaran jawatan Ketua Menteri itu juga wajar kerana mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya adalah setara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Newmond berkata Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63, pada masa ini menggunakan gelaran Ketua Menteri.

Pada 15 Feb lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings