the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar Al-Quran di Sweden

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskah kitab suci Islam, al-Quran di Stockholm, Sweden.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.

“Penghinaan secara terang-terangan ke atas kitab suci Islam oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan tindakaan ke atas beliau sama seperti memarakkan Islamofobia dan mewujudkan provokasi melampau kepada sensitiviti bukan hanya kepada Turkiye tetapi lebih daripada dua bilion penganut Islam di seluruh dunia.

Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang menyasarkan Muslim di seluruh dunia selain daripada segala bentuk perbuatan menghasut dan meniup api perkauman dalam bentuk perkataan atau perbuatan dan memandang dengan serius peningkatan arus ucapan kebencian kerana kepercayaan dan keetnikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata Malaysia menekankan kepentingan utama dalam mendukung prinsip-prinsip dialog, libat urus dan saling menghormati dalam menyelesaikan pertikaian.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya menolak perbuatan mengumpan kebencian menggunakan bangsa atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu padu terhadap segala bentuk hasutan kebencian dan keganasan.

Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings