the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laungan azan ikhtiar baharu JBPM kesan tujuh lagi mangsa tanah runtuh

BATANG KALI: Laungan azan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini menjadi antara ikhtiar terbaharu pasukan SAR.

“Azan dikumandangkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum memulakan operasi SAR hari ini.

“Ini adalah satu ikhtiar pasukan pencarian,“ kata Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor (gambar) kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini hari ini.

Operasi pencarian yang memasuki hari keenam berjaya menemukan satu mayat lelaki dewasa pada 11.16 pagi tadi di sektor B (kem Farmview).

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.

Sementara itu, tinjauan Bernama di PKTK setakat 7.30 malam ini juga mendapati operasi SAR masih ditangguhkan sementara sejak kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.

Selain itu, sidang media yang kelazimannya dilakukan pada 6.30 petang setiap hari, juga tidak diadakan hari ini.

Pihak Jabatan Penerangan Malaysia memaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah akan memberi pemakluman berhubung perkembangan operasi SAR menerusi kenyataan media sahaja.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings