the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Selamat 19: Tujuh kematian akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu lepas

JOHOR BAHRU: Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam tempoh itu juga 852 kes kemalangan dilaporkan dengan 438 daripadanya membabitkan jalan bandaran

“Kereta merupakan kenderaan yang paling tinggi menyumbang kepada statistik kemalangan dengan 589 kes diikuti dengan motosikal 107 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata 430 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan di 32 lokasi black spot (kemalangan) dan 61 lokasi hot spot (kesesakan) di negeri itu sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya tumpuan pemantauan turut diberikan kepada dua pintu masuk utama negara iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, yang dijangka berlaku pertambahan kenderaan masuk ke Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings