the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

135 pegawai Imigresen sertai misi bantuan bencana banjir ke K’tan dan T’ganu

PUTRAJAYA: Seramai 135 sukarelawan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyertai konvoi Misi Kemanusian Bantuan Bencana Banjir ke Terengganu dan Kelantan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebanyak 25 kenderaan pelbagai jenis digunakan untuk misi bantuan berkenaan dengan 11 daripadanya digerakkan ke Kelantan dan baki ke Terengganu dengan membawa bekalan keperluan asas dan makanan untuk mangsa terlibat.

“Misi ini digerakkan bagi menghulurkan bantuan, sokongan dan sumbangan serta mengatur gerak kerja membantu pegawai-pegawai Imigresen dan keluarga yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda dua negeri tersebut.

Seramai 71 pegawai dan keluarga dikenal pasti yang terjejas dengan 50 pegawai di Terengganu dan 21 pegawai di Kelantan,“ katanya menerusi hantaran di Facebook JIM.

Khairul Dzaimee berkata jabatan juga telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir JIM bagi mengumpulkan dana bantuan kepada warganya yang terjejas akibat banjir.

Terdahulu, beliau melepaskan konvoi misi berkenaan di Perkarangan Pejabat Jabatan Imigresen di sini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ensuring safety of our interns

A 24-year-old’s fatal accident exposes the deadly gap between academic oversight and industrial safety, demanding urgent accountability for vulnerable trainees.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings