the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala AFF: Anwar ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi tinggi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” menurut catatan itu.

Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.

Sepanjang 13 edisi kejohanan dwitahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger, Malaysia muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali – edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.

Hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand sebanyak enam kali, Singapura (empat), Vietnam (dua) dan Malaysia.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings