the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PN terima satu lagi surat akuan berkanun sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menerima satu Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi kenyataan ringkas berkata Surat Akuan Berkanun itu telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

Semalam, Hamzah memaklumkan jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua parti politik dan gabungan parti politik mempunyai tempoh sehingga 2 petang ini untuk mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah gabungan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri.

PRU15 Sabtu lepas berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRU15 menyaksikan PN memperoleh 73 kerusi Parlimen; Pakatan Harapan (82); Barisan Nasional (30); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga), Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings