the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN tiada kuasa tubuhkan kerajaan, cadang PH dan PN bergabung: Tok Mat

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan kerana rakyat telah menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, sebaliknya mencadangkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuhkan kerajaan kerana mereka memperoleh bilangan nombor undi lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab menyemak dan mengimbang kerajaan baharu,” kata Mohamad dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya malam ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata sekiranya bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU15, parti itu sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,“ katanya.

PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya memperoleh 30 kerusi; PH (82); PN (73); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga), Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings