the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Representasi pemilik kelab komedi gugur tuduhan buat hantaran video ditolak, akan fail sekali lagi

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menolak representasi dikemukakan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hasniah Ab Razak bahawa AGC menolak representasi itu yang difailkan pada 12 Dis tahun lepas.

“Hari ini ditetapkan untuk keputusan representasi dan representasi itu ditolak oleh AGC hari ini,” katanya.

Peguam M. Pravin mewakili Mohamad Rizal berkata susulan keputusan itu, pihaknya akan memfailkan representasi kedua selewat-lewatnya dua atau tiga minggu lagi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 6 April bagi keputusan representasi kedua selain turut menetapkan tujuh hari bermula 14 April untuk perbicaraan kes itu.

Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings