the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: T’ganu zahir penghargaan atas bantuan kerajaan S’gor

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas keprihatinan dan sumbangan RM500,000 untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyatakan penghargaan kerajaan negeri atas kesudian kerajaan Selangor menawarkan khidmat bantuan kemanusiaan pascabanjir melalui Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) dan Sukarelawan Selangor (SERVE).

“Ribuan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta sukarelawan termasuk JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) dan orang kampung yang terlibat dalam misi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir,” kata Ahmad Samsuri dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan kerajaan negeri itu akan menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk membantu mangsa banjir.

Beliau berkata bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri berkenaan selain bersimpati dengan nasib rakyat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings