the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LZS terima RM11.1 juta zakat perniagaan 45 syarikat korporat

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 45 syarikat korporat berjumlah RM11.1 juta yang diserahkan dalam satu upacara di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini.

Dalam majlis tersebut, Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad mendahului senarai syarikat korporat dengan jumlah bayaran RM2.59 juta diikuti QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Kumpulan (RM1.74 juta), SIRIM Berhad (RM1.14 juta) serta Kumpulan Semesta Sdn Bhd., sejumlah RM1 juta.

Zakat perniagaan daripada kesemua syarikat korporat tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Mohd Sabirin berkata jumlah kutipan zakat setakat November telah melebihi RM800 juta dan pihaknya berharap agar kutipan keseluruhan tahun ini mampu mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1.05 bilion.

“Bagaimanapun, bukan sasaran kutipan ini yang hendak dikejar dan dibanggakan. Apa yang penting, sasaran tersebut menjadi penanda aras kepada kami untuk berusaha keras memastikan keperluan agihan dipenuhi agar dapat menyantuni kehidupan asnaf sepanjang tahun,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan LZS)di Dewan Orkid, Wisma PKPS, di sini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Mufti Selangor, Prof Madya Dr Miszairi Sitiris.

Pada majlis sama, LZS turut menyampaikan Bantuan Dermasiswa Huffaz kepada enam buah sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menyalurkan bantuan zakat kepada dua individu terpilih dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.57 juta.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.53 juta diagihkan kepada sekolah-sekolah agama berkenaan, manakala dua lagi individu masing-masing menerima Bantuan Perubatan Penyakit Jarang Jumpa (Hunter Syndrome) berjumlah RM27,736 dan Bantuan Pendidikan Anak Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM12,000.

Selain itu, Mohd Sabirin berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 335,000 syarikat dan individu telah melunaskan pembayaran zakat mereka di LZS.

“Bagaimanapun, pihak kami mendapati jumlah pembayar yang berpotensi untuk mengeluarkan zakat adalah kira-kira sejuta orang,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings