the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Agensi kerajaan perlu fahami, terjemah konsep Malaysia Madani

PUTRAJAYA: Semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan mahupun negeri perlu memahami dan melaksanakan tindakan susulan bagi menterjemah keberkesanan konsep ‘Malaysia Madani’ dalam dasar kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto) berkata selain menterjemahkan konsep yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kepada modifikasi terhadap dasar sedia ada, ia harus diimplementasi oleh semua pihak.

“Dalam hal ini, perdana menteri melontarkan pandangan mengenai masyarakat Madani sejak lebih suku abad lalu. Apabila beliau ditakdirkan menjadi nahkoda kepada kerajaan yang ada, tentunya kerajaan diketuai beliau dan dukungan daripada pelbagai parti (politik) harus memberikan penghayatan terhadap pelaksanaan dan juga tindakan susulan kepada pelaksanaan berkenaan.

“Akhirnya, kita lihat bahawa masyarakat harus digaris bawahi dengan penuh kesejahteraan, maka ukuran kesejahteraan itulah yang disebutkan perdana menteri dalam ucapan ulung tadi yang memperlihatkan akhirnya keterangkuman daripada pelbagai kumpulan masyarakat, bangsa, agama, bahasa dan wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri amanat Perdana Menteri bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani itu diacu berteraskan enam tonggak iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyifatkan konsep Madani bukan sekadar idealisme baharu untuk meninggalkan dasar-dasar lama kerajaan tetapi pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan minda Madani.

“Ini pendekatan baharu yang cukup lama ditunggu oleh masyarakat yang selama ini memperoleh bantuan daripada kerajaan dalam apa bentuk pun supaya bantuan-bantuan ini biarpun diteruskan, namun ada nilai kerohanian bagi menjadikan masyarakat dipertingkatkan taraf hidupnya dan tidak dipinggirkan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings