the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Selangor terima 393 laporan berkaitan PRU15 sejak 5 Nov hingga semalam

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima 393 laporan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak kempen pilihan raya itu bermula pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, hingga semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata berdasarkan jumlah itu, pihaknya telah membuka 82 kertas siasatan dan menahan tujuh individu.

Selain itu, beliau turut memaklumkan terdapat satu kes kematian mengejut melibatkan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berumur 45 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS, Jalan Raya Barat Klang, semalam.

“Punca kematian adalah disebabkan positif COVID-19 dan semua anggota polis yang bertugas bersama petugas itu telah diarah menjalani kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kepada perjalanan proses pengundian PRU15 semalam pula, Arjunaidi berkata secara keseluruhannya proses di seluruh Selangor berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu sensitif atau insiden yang tidak diingini.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakyat Selangor kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi secara matang,” katanya, dan menambah petugas polis tetap diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings