the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: SKMM diarah selesaikan sebarang masalah telekomunikasi – Fahmi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah untuk menyelesaikan sebarang masalah jaringan telekomunikasi di negeri terlibat banjir, khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata MCMC juga telah diarah mengambil tindakan segera, sekiranya terdapat masalah berkaitan telekomunikasi.

“Saya percaya isu yang dihadapi ketika ini ialah jumlah (mangsa) yang sedang dipindahkan agak besar.

“(Bagaimanapun) Setakat ini saya masih belum menerima sebarang aduan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau menteri yang berkaitan tentang masalah telekomunikasi di PPS,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Fahmi turut berkata Kabinet dalam mesyuarat pada Rabu ini, akan memberi fokus terhadap tindakan yang akan diambil kementerian dan agensi terlibat dalam menangani isu banjir, di negeri yang terkesan.

Setakat ini lima negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak dilanda banjir dengan masing-masing mencatatkan peningkatan jumlah mangsa di PPS masing-masing, petang tadi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings