the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebahagian sambutan 4 Julai di Los Angeles dibatalkan susulan kebimbangan serbuan Imigresen – Laporan

WASHINGTON: Beberapa acara sambutan Hari Kemerdekaan di Los Angeles dibatalkan susulan kebimbangan terhadap kemungkinan serbuan oleh pihak Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam Amerika Syarikat (ICE), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan ABC News.

Menurut ABC News, acara sambutan 4 Julai yang dijadual berlangsung pada petang Jumaat dibatalkan di beberapa kawasan termasuk Bell Gardens dan Cudahy, iaitu komuniti yang majoritinya terdiri daripada penduduk berketurunan Hispanik.

Ahli Majlis Bandaraya Los Angeles, Ysabel Jurado memberitahu ABC News bahawa acara di tempat awam kini dirasakan “berbahaya” oleh ramai penduduk tempatan.

“Bagi sambutan 4 Julai dan Hari Kemerdekaan, ia tidak membawa makna buat ramai penduduk di sini,” kata Jurado, menjelaskan bahawa “ramai orang berada dalam ketakutan.”

Akhbar New York Post turut melaporkan bahawa beberapa komuniti di kawasan Los Angeles membatalkan acara sambutan, termasuk perarakan di El Sereno, kerana bimbang akan tindakan keras oleh ejen imigresen.

Pada awal Jun, satu serbuan oleh ICE bagi mengenal pasti pendatang tanpa izin di pusat bandar Los Angeles bertukar menjadi pertembungan dengan para penunjuk perasaan.

Gabenor California, Gavin Newsom mengancam bahawa negeri itu mungkin enggan membayar cukai persekutuan sebagai tindak balas terhadap kemungkinan pemotongan besar-besaran dana persekutuan oleh pentadbiran Trump.

Keesokan harinya, Rumah Putih mengumumkan penghantaran 2,000 anggota Pengawal Kebangsaan ke Los Angeles, diikuti tambahan 700 anggota Marin dan 2,000 pengawal beberapa hari kemudian.

Bantahan terhadap dasar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan tindakan keras terhadap pendatang tanpa izin turut berlangsung di bandar-bandar lain di California bulan lalu, termasuk di San Francisco.

Protes berkembang menjadi gerakan “No Kings” yang diselaraskan secara nasional, bertepatan dengan perarakan tentera di Washington, DC dan ulang tahun kelahiran Trump ke-79 pada 14 Jun.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CUKTECH Hosts Its First “Charge & Connect” Event, Officially Strengthening Its Presence In Vietnam’s...

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Technology brand CUKTECH successfully hosted its first "Charge & Connect" event at The VIBES Events & Dining, officially introducing its next-generation charging ecosystem to the Vietnamese market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings