the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM buka 28 kertas siasatan pelbagai kesalahan berkaitan PRU15

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 28 kertas siasatan melibatkan pelbagai kes kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara, semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata lima kertas siasatan di Kedah, Johor (empat), Pahang (empat), Sabah (tiga), Selangor (tiga), Kuala Lumpur (dua), Kelantan (dua) manakala Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu kertas siasatan.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata PDRM turut menahan seorang wanita di Kota Setar, Kedah kerana disyaki mencabut bendera parti politik yang dipasang di atas jambatan Alor Semadom.

Selain itu, PDRM turut mengeluarkan sebanyak 1,907 permit ceramah PRU15 semalam, katanya dalam kenyataan hari ini.

Permit berkenaan melibatkan 312 permit di Sabah, Sarawak (271), Perak (188), Johor (172), Kedah (149), Kelantan (147), Selangor (142), Terengganu (141), Pahang (126), Negeri Sembilan (90), Melaka (67), Pulau Pinang (48), Perlis (28) dan Kuala Lumpur (26).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings