the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia

SHAH ALAM: Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata pindaan berkenaan juga termasuk dalam beberapa pelan lain yang dirancang oleh kementerian itu dan pihaknya sedang mendapatkan maklum balas daripada semua agensi berkaitan untuk mengetahui peranan serta fungsi setiap jabatan dengan baik.

“Saya juga sedang lihat semua dasar-dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan itu akan dibuat selepas saya mendapatkan input. Mungkin saya akan mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan informasi.

“Saya harap perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat,“ katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29 sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengulangi hasrat mereka untuk meminta kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata cadangan tersebut telah diutarakan sejak tiga tahun lalu, namun keadaan pandemik COVID-19 dan pertukaran kerajaan menyebabkan ia tidak dapat diteliti secara sempurna.

“Kami mohon kepada kerajaan untuk melihat semula gaji minimum tersebut kerana jumlah gaji tersebut amat jauh ketinggalan.

“Oleh itu sempena penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami cadangkan untuk lihat semula cadangan itu untuk meletakkan gaji minimum kepada RM1,800,“ katanya.

Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam dari pelbagai kesatuan seluruh negara hadir ke konvensyen yang dilaksanakan di SACC di sini, hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings