the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden AFC Saud Abdulaziz

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Saud Abdulaziz al-Mohannadi yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan kepada insan tersayang dan keluarga Allahyarham agar sabar, tabah dan cekal dalam suasana sedih dan pilu ini.

Al-Sultan Abdullah, bekas Naib Presiden AFC dan ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengiktiraf legasi dan sumbangan besar Saud Abdulaziz terhadap pembangunan bola sepak di Qatar dan benua Asia.

“Pemergiannya ialah satu kehilangan besar kepada komuniti bola sepak Qatar dan Asia,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda juga mendoakan agar roh Allahyarham Saud Abdulaziz dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Menurut laporan berita antarabangsa, Saud Abdulaziz, 66, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Qatar dan ahli Majlis FIFA meninggal dunia Selasa lepas (10 Jan). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings