the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR perlu beri ketetapan awal jika perlu tunda PRU15 di kawasan banjir

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.

Nurul Izzah Anwar (gambar) yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata SPR perlu membuat pengumuman sekarang bagi memudahkan calon dan pengundi.

“SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional, oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nurul Izzah turut mempersoal keputusan SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan status PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, esok, hanya sehari sebelum hari pengundian yang disifatkannya sebagai lewat.

“Kita ingin lihat SPR memberikan ketetapan yang awal dan bukannya sehari sebelum mengundi. SPR perlu berada di hadapan sebarang masalah yang mungkin berlaku,” katanya.

Mesyuarat SPR itu diadakan berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen berkenaan, M. Karupaiya, semalam.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings