the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KUFC pilih Terengganu FC uji kemampuan pemain

KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) akan menguji keserasian dan kemampuan pemainnya menerusi aksi persahabatan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu depan (21 Jan).

Ketua Jurulatih KUFC Tomas Trucha berkata perlawanan itu cukup penting kerana ia merupakan tugas pertamanya sebagai pengendali pasukan berkenaan.

“Perlawanan ini cukup penting kepada saya memandangkan baru sahaja mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih KUFC tidak sampai sebulan bagi membawa cabaran pada saingan Liga Super.

“Dalam perlawanan itu, saya juga akan menguji serta menilai dari aspek teknikal, taktikal dan kecergasan pemain,“ katanya kepada Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, jurulatih berasal dari Republik Czech itu berkata banyak perkara perlu dilakukannya untuk memastikan kecergasan dan mentaliti pemain berada pada tahap baik.

“Semua pihak sama ada pemain dan jurulatih sedang bekerja keras dengan mengadakan sesi latihan untuk mengembalikan kecergasan serta membina taktikal bagi menghadapi perlawanan kompetitif nanti,“ katanya.

Saingan Liga Super musim ini dijangka bermula 24 Feb ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings