the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi penting tidak sihat, kes Shahrir Samad gagal isytihar RM1 juta ditangguh 22 Dis

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini ditangguhkan ke 22 Dis ini kerana saksi penting pendakwaan tidak sihat.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi pendakwaan ke-22 (SP22), Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurzahidah Yacop telah diberikan sijil cuti sakit (MC) hari ini daripada Klinik Kesihatan Putrajaya.

“Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 Jan depan,“ kata hakim.

Terdahulu, Rasyidah Murni berkata Nurzahidah telah memohon kepada mahkamah semalam untuk membenarkannya ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan pihak pendakwaan telah menerima MC daripada saksi itu yang salinannya akan diberikan kepada peguam hari ini.

“Hari ini ditetapkan untuk sambung bicara bagi pihak peguam menyoal balas saksi berkenaan (Nurzahidah). Saksi ini penting untuk kes ini dan pihak pendakwaan tidak berniat untuk melengah-lengahkan masa mahkamah, memandangkan ini adalah soal kesihatan ia tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak.

“Oleh itu, kami mohon perbicaraan hari ini ditangguhkan manakala tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 22 dan 23 Dis dikekalkan untuk kami memanggil saksi berkenaan dan Datuk Seri Najib,“ katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros mewakili Shahrir mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat itu semalam melalui aplikasi WhatsApp dan mendoakan supaya saksi berkenaan cepat sembuh untuk hadir semula ke mahkamah bagi menyambung keterangannya.

“Saya menghormati permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini dan pihak pembelaan tidak memandang ringan perkara ini. Bagaimanapun, kami mohon supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera memandangkan anak guam saya cuba untuk membersihkan namanya sebagai kluster mahkamah.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-15 beliau (Shahrir) tidak bertanding atas alasan ia tidak adil untuk pengundi di Johor Bharu kerana di minda rakyat beliau adalah kluster mahkamah,“ katanya dan memohon supaya tarikh perbicaraan juga ditetapkan pada Januari depan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali kemudian berkata pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk menangguhkan dan melambatkan prosiding kes itu, malah sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya demi keadilan semua pihak.

Shahrir, 72, didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings