the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

WHO harap darurat kesihatan global Covid-19 dapat ditamatkan tahun depan

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berharap COVID-19 tidak lagi menjadi darurat kesihatan global pada tahun depan.

Beliau berkata Jawatankuasa COVID-19 WHO akan membincangkan kriteria untuk mengisytiharkan penamatan darurat COVID-19 pada bulan depan, lapor Xinhua.

“Kami berharap pada tahun depan, kami akan dapat menyatakan bahawa COVID-19 bukan lagi darurat kesihatan global,“ kata beliau dalam satu taklimat akhbar di Geneva pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut beliau virus SARS-CoV-2 yang menjadi punca di sebalik pandemik COVID-19 tidak akan lenyap.

“Ia akan kekal berada di sini dan semua negara perlu belajar menguruskannya bersama-sama penyakit pernafasan lain termasuk influenza dan RSV (Respiratory Syncytial Virus) yang kedua-duanya kini merebak dengan pantas di banyak negara,“ kata beliau.

Ketua WHO itu berkata satu daripada pengajaran paling penting daripada pandemik itu, semua negara perlu mengukuhkan sistem kesihatan awam untuk bersiap sedia, mencegah, mengesan dan bertindak balas dengan pantas terhadap pandemik, wabak dan epidemik.

Satu lagi pengajaran berguna ialah perlunya kerjasama lebih kukuh dalam tindak balas global terhadap COVID-19.

Sementara itu, ketua teknikal Program Kesihatan WHO Maria Van Kerkhove memberi amaran gelombang jangkitan dan jangkitan semula akan berterusan di seluruh dunia kerana jumlah kematian baharu yang dilaporkan setiap minggu adalah antara 8,000 hingga 10,000.

Menurut pengarah eksekutif program itu, Mike Ryan dunia masih tidak mengetahui bagaimana virus SARS-CoV-2 akan berkembang pada masa depan dan ketidakpastian sedemikian menambah lagi risiko.

“Sebelum WHO menamatkan darurat COVID-19, keseimbangan termasuk impak dan ketidakpastian perlu diambil kira, sama ada kita telah menangani kelemahan dan isu daya tahan dalam sistem kesihatan kita atau tidak,“ kata Ryan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings