the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemberian tuala wanita percuma di ibu pejabat KKM untuk dapat maklum balas segera

KUALA LUMPUR: Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma yang akan dimulakan di Ibu Pejabat Kmenterian Kesihatan (KKM) mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

Beliau berkata apatah lagi ia sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita.

“Saya mengambil maklum di atas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai berhubung kenyataan saya yang menyentuh pemberian tuala wanita secara percuma di Ibu Pejabat KKM.

“Saya ingin perjelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat KKM adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam.

Beliau berkata sekiranya berjaya pemberian itu boleh diperluaskan ke fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam.

Semalam, Dr Zaliha memaklumkan KKM bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini dan sebagai permulaan, ia akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings