the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keunikan Kerajaan Perpaduan platform terbaik lakukan pembaharuan penjagaan kesihatan

KUALA LUMPUR: Komposisi unik Kerajaan Perpaduan menawarkan platform terbaik untuk melakukan pembaharuan ke atas sistem penjagaan kesihatan negara, terutamanya menerusi pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan.

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Kerajaan Perpaduan seharusnya melaksanakan agenda pembaharuan kesihatan dan tidak mempolitikkannya untuk kebaikan rakyat.

“Segalanya telah diperkatakan dan dipertimbangkan. Biar saya petik satu slogan satu jenama besar sukan untuk meringkaskan apa yang perlu dilakukan, kepimpinan baharu di Kementerian Kesihatan seharusnya, ‘Buat Saja’,” katanya ketika menjadi ahli panel forum “Build The World We Want A Healthy Future For All” di sini hari ini.

Lain-lain ahli panel forum itu ialah dua bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Dr S Subramaniam dan Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Khairy berkata masa menunggu dan kualti perkhidmatan di kemudahan kesihatan perlu ditambah baik dan kerajaan semasa dicadangkan supaya meningkatkan perbelanjaannya ke atas penjagaan kesihatan sekurang-kurangnya kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kerajaan seharusnya melihat kesihatan sebagai satu pelaburan, ia bukannya satu perbelanjaan. Jika kita boleh mencapainya hanya selepas itu barulah kita boleh mengadakan perbincangan untuk satu sistem pembiayaan bersama dengan orang awam,” katanya.

Sementara itu, Dr S Subramaniam berkata kesihatan seharusnya dikeluarkan daripada domain politik bagi memastikan kesinambungan dasar biarpun berlaku pertukaran kerajaan.

Beliau berkata pengasingan sistem penjagaan kesihatan negara daripada pengaruh politik merupakan satu komponen penting Kertas Putih Kesihatan yang dimulakan ketika Khairy menjadi Menteri Kesihatan.

“Jika kita boleh melakukannya, saya percaya Kertas Putih Kesihatan yang merupakan himpunan usaha-usaha yang dilaksanakan menteri-menteri sebelumnya mampu menangani masalah yang kita hadapi dalam sistem penjagaan kesihatan,” kata Dr Subramaniam yang merupakan Menteri Kesihatan dari 2013 sehingga 2018.

Zulkefly yang juga Menteri Kesihatan sebelum Khairy turut senada dengan mereka dan berkata landskap politik semasa juga tidak memberikan pilihan kepada kerajaan memerintah kecuali meneruskan pembaharuan untuk rakyat,

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dalam ucaptamanya berkata Kerajaan Perpaduan seperti diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan dasar sedia ada dan telah dirancang yang memberi manfaat kepada rakyat diteruskan.

“Adalah mustahak untuk kita menggerakkan Kertas Putih Kesihatan itu ke hadapan kerana penting untuk memastikan perlindungan kesihatan universal kepada semua rakyat Malaysia dan menggerakkan negara ke arah mencapai sasaran di bawah Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 3 ( Kesihatan Baik dan Kesejahteraan),” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings