the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN: Pegawai LHDN

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa, Tan Sri Shahrir Ab Samad sepatutnya melaporkan wang RM1 juta yang diterimanya pada 2013 kepada LHDN.

Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata wang yang diterima Shahrir dalam jumlah yang banyak itu, perlu dilapor bagi LHDN menentukan sama ada wang tersebut merupakan pendapatan yang perlu dicukai atau sebaliknya.

“Tanggungjawab pembayar cukai ialah laporkan pendapatan dan ia bergantung kepada kategori tertentu yang mana komisen dan wang sewaan juga merupakan pendapatan.

“Kalau jumlah yang diterima banyak sehingga mencecah RM1 juta, ia perlu dilaporkan untuk pihak LHDN tentukan sama ada ia layak dikenakan cukai atau tidak. Jumlah cukai dikenakan bergantung kepada jumlah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes Shahrir, yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.

Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, merupakan seorang pembayar cukai yang baik dan tidak pernah gagal menghantar borang taksiran cukai sejak 2004.

Pada 5 Okt lalu, Tuan Zulkfli memberitahu mahkamah bahawa Shahrir tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta, bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.

Katanya, Shahrir mengisytiharkan pendapatan pada 2013 (RM87,834), 2014 (RM128,104), 2015 (RM213,394), 2016 (RM189,545), 2017 (RM267,090) dan 2018 (RM193,191).

Kepada soalan TPR Mohd ‘Afif Ali, Tuan Zulkfli berkata tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan merupakan kesalahan berat dan memalukan, yang boleh menyebabkan maruah tercalar tanpa mengira sama ada individu itu Ahli Parlimen atau individu biasa.

“Tindakan individu untuk menipu pihak LHDN bergantung kepada niatnya dan apa yang difikirkannya ketika itu, sama ada dia tahu penerimaan wang itu dan perlu melaporkan kepada LHDN tetapi tidak berniat berbuat demikian. Jadi itu memang niat yang salah,” katanya.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

VinFast Builds on EV Success While Looking Beyond Electrification

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - As Southeast Asia and the Middle East ramp up investments in autonomous driving and AI-powered transportation, VinFast is positioning itself at the intersection of today's EV market and tomorrow's mobility ecosystem.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings