the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di sini, sejak semalam hingga pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi bermula 11 malam dan berakhir 7 pagi tadi melibatkan empat kawasan Felda dan sebuah kawasan perumahan dengan 63 orang diperiksa.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun.

“Ada yang kita tahan, seramai 13 orang sedang leka memasak air ketum di bawah khemah macam kenduri. Mereka beri alasan nak minum (air ketum) sebab perlukan tenaga untuk bekerja,“ katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Ketua Polis Johor bersama warga Felda Kota Tinggi di Felda Adela di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.

Kamarul Zaman berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah manakala 41 daripadanya memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dengan seorang berstatus orang yang dikehendaki polis.

“Kita turut merampas 11.91 gram dadah disyaki jenis syabu, 6.05 gram heroin dan 1.9 liter air ketum,“ katanya dan menambah mereka direman empat hari bermula hari ini.

Sementara itu, Kamarul Zaman mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerima laporan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu pada 11.30 malam semalam berkaitan akaun aplikasi Telegram yang dipercayai digodam ‘scammer’.

“Pihak polis menerima satu laporan daripada Dr Aman tentang akaun Telegram yang digodam serta mesej yang dihantar meminta wang sebanyak RM2,000 menerusi akaun itu.

“Kita akan siasat perkara ini, jika ada mangsa yang mempunyai maklumat boleh tampil membuat laporan,“ katanya mengulas mengenai kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini supaya orang ramai tidak terpedaya dengan mesej meminta wang dengan menggunakan nama Dr Aman. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings