the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno mesti teroka potensi politik sesuai dengan keadaan semasa

KUALA LUMPUR: Umno mesti meneroka potensi politik yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi mengelakkan kehilangan undi Melayu dan tidak mendapat undi bukan Melayu, yang akan menjadi resepi kematian buat parti itu.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata untuk itu parti mestilah meneroka strategi lautan biru sekiranya ingin memastikan kelangsungan.

“Sokongan masyarakat bukan Melayu merosot dengan amat drastik, semenjak beberapa pilihan raya umum lepas. Sehingga dalam keadaan tertentu, kita tewas kerana tidak mampu mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka. Telah lama kita abaikan, undi golongan bukan Melayu ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini malam semalam.

Turut hadir tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua ketiga-tiga sayap.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata dengan pendirian yang diambil Umno dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan, ia mungkin akan membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu, membina semula keyakinan kepada Umno bahawa Umno adalah parti yang rasional serta mengutamakan rakyat, perpaduan dan kepentingan nasional.

Menyentuh mengenai penyertaan Umno dan BN dalam Kerajaan Perpaduan, Mohamad berkata sokongan parti tidak membuta tuli sebaliknya merundinginya dengan cermat.

Beliau berkata Umno akan berperanan dalam kerajaan, dengan memperjuangkan dasar yang lebih baik, idea yang lebih bernas, amalan yang lebih telus dan pemikiran yang lebih besar dan pragmatik.

“Walaupun Umno adalah sebahagian daripada kerajaan, Umno akan menjadi wadah semak dan imbang, yang tegas dan benar-benar efektif,“ katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan dalam pada itu berkata penyertaan Umno dalam Kerajaan Perpaduan adalah jalan terbaik kerana ia memberikan Umno peranan yang unik dan strategik.

“Saya faham bahawa ramai yang mempersoalkan mengapa kita memilih untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan).

“Pokoknya, Umno tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan PN (Perikatan Nasional). Kita memilih, mengutamakan Malaysia,“ katanya dan menambah sokongan itu berikutan Umno merasa bertanggungjawab untuk tampil dan menjadi penyelesai kepada usaha pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Mohamad berkata bekerjasama dengan PH, telah menjadikan Umno parti yang akan mewakili, kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat Umno lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana Umno berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu, dalam perikatan sedemikian,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings