the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Kuala Selangor mungkin berpunca daripada takungan banjir kilat di Meru: Amirudin

KUALA LUMPUR: Banjir di Kuala Selangor berkemungkinan berpunca daripada pengaliran air banjir kilat di Meru, Klang ke kawasan berkenaan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata ini kerana pihaknya telah mengalihkan pam untuk mengalirkan air yang bertakung di beberapa kawasan terjejas banjir di Meru.

“Macam hari ini, air yang bertakung, kita dah mengalihkan pam untuk kawasan Meru dan saya dapat lihat Meru sudah mula baik (pulih), mungkin petang ini ataupun selepas beberapa jam nanti.

“…tetapi ada masalah lain lagi iaitu selepas (banjir) Meru, Klang, air itu akan mengalir ke Kuala Selangor pula dan sebab itu hari ini Kuala Selangor sudah mula banjir,” katanya kepada pemberita hari ini.

Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Hi-Tea bersama masyarakat India di India Settlement, Gombak.

Beliau berkata bagaimanapun, persediaan kerajaan Selangor menghadapi jangkaan berlakunya banjir seperti aspek penyelamatan dan pusat pemindahan sementara (PPS) pada tahap terbaik.

Khamis lepas dilaporkan beberapa kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter melibatkan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.

Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat 4.30 petang ini, lapan PPS telah dibuka di Selangor iaitu tiga di daerah Klang dan lima di Kuala Selangor yang menempatkan 748 orang daripada 183 keluarga.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings