the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kapal persiaran membawa 800 penumpang dijangkiti Covid-19 berlabuh di Sydney

MOSCOW: Kapal persiaran Majestic Princess dengan kira-kira 800 penumpang yang dijangkiti Covid-19 berlabuh di Sydney Harbour, Sputnik memetik laporan penyiar ABC pada Sabtu.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa kesihatan Australia sedang bekerjasama dengan pengendali kapal persiaran yang membawa 3,300 penumpang dan 1,000 anak kapal memandangkan mereka yang berada dalam kapal itu berada pada tahap amaran tertinggi jangkitan koronavirus.

Ramai orang telah turun dari kapal selepas negatif dalam ujian Covid-19, kata laporan itu.

Marguerite Fitzgerald, presiden pengendali syarikat pelayaran Carnival Australia, berkata terdapat kira-kira 800 orang yang dijangkiti coronavirus di atas kapal itu.

“Ia adalah pelayaran selama 12 hari dan kami mula melihat peningkatan kes kira-kira separuh jalan… Mencerminkan peningkatan dalam penularan komuniti, kami juga melihat lebih ramai penumpang disahkan positif Covid-19 dalam pelayaran Majestic Princess. Ini adalah hasil ujian besar-besaran ke atas 3,300 tetamu kami,“ kata Fitzgerald, seperti yang dipetik oleh penyiar itu.

Beliau berkata majoriti daripada penumpang mengalami kesan ringan atau tanpa gejala dan telah mengasingkan diri di dalam bilik mereka semasa perjalanan.

Australia mengalami satu lagi lonjakan kes Covid-19, dengan peningkatan 47.3 peratus dalam kejadian koronavirus berbanding minggu lepas, menurut Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Orang Tua. Minggu lalu, Australia merekodkan 54,661 kes baharu, dengan purata 7,809 kes sehari.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings