the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia Airlines tambah frekuensi penerbangan untuk destinasi domestik menjelang PRU

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menambah frekuensi/kekerapan penerbangan dan menggunakan pesawat A330 berbadan lebar di beberapa laluan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memastikan perjalanan yang lancar dan boleh dipercayai untuk pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata ia akan menambah penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf kepada 24 daripada 16 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat A330.

Mereka yang pulang pada 19 Nov juga akan mendapat diskaun 20 peratus sehala, tambang termasuk semua bermula pada RM104 melalui kempen “Jom Balik Mengundi” syarikat penerbangan itu untuk tempahan yang dibuat sebelum 19 Nov, bagi perjalanan dari 11 Nov hingga 27 Nov 2022.

Diskaun 20 peratus terpakai kepada semua kategori tambang, termasuk Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basic dan Flex untuk Kelas Perniagaan. Tempahan boleh dibuat di www.malaysiairlines.com.

Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan pelajar berumur antara 18 dan 26 tahun untuk mendaftar sebagai ahli MHexplorer untuk menikmati faedah perjalanan sepanjang tahun, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun tambahan bagasi sebanyak 10kg, satu pertukaran tarikh percuma dan lain-lain faedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd Kapten Izham Ismail berkata tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding purata hariannya, dengan hampir 70,000 tempahan penumpang sejak pelancaran “Jom Balik Mengundi” pada 20 Okt.

Syarikat penerbangan itu telah meningkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus ke destinasi domestik utama di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak, kata kenyataan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings