the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kegagalan PRU15 antara fokus Perhimpunan Agung Umno 2022: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kegagalan Umno mencapai keputusan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas merupakan antara perkara utama yang akan dibincangkan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 yang bermula malam ini hingga Sabtu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perwakilan yang akan berbahas pada perhimpunan itu boleh menjadikannya sebagai platform bagi menyampaikan pandangan dan cadangan mereka berhubung kekalahan tersebut dan langkah untuk memperbaiki keputusan yang beliau sifatkan sebagai luar biasa itu.

“Walaupun kita telah menang dalam tujuh pilihan raya kecil, pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, kenapa masa PRU15 kita tidak dapat mengulangi kejayaan dua PRN dan tujuh PRK? Jadi tentu ada sebab-sebab luar biasa yang berlaku sehingga menyebabkan kami tewas sehingga hanya 30 kerusi (Parlimen) yang ada.

“Jadi saya ingin mendengar apa pandangan-pandangan, kenapa wujud keluarbiasaan itu, apakah sebab-sebab yang boleh kita perbaiki untuk masa depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Laman Media sempena perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad berkata perhimpunan itu juga akan memfokuskan kepada persiapan parti terbesar Melayu itu dalam menghadapi enam PRN serta menyentuh berkenaan etika pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.

“Perkara ini akan mula dibahaskan esok di tiga peringkat iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan Jumaat dan Sabtu ada wakil dari setiap negeri dan wakil-wakil sayap yang saya kira juga akan menyentuh bagaimana kita hendak memenangi pilihan raya di enam negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata satu taklimat khas oleh Presiden UmnO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama 3,000 perwakilan parti itu akan diadakan secara tertutup petang ini yang antara lain akan menjelaskan berkenaan keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Tentunya 3,000 perwakilan petang ini akan diberi penjelasan oleh presiden berkenaan Kerajaan Perpaduan dan apabila mereka pulang mereka akan cerita perkara itu.

“Presiden tak boleh pergi terlalu terperinci berkenaan Kerajaan Perpaduan pada ucapan dasar jadi dia akan perincikan petang ini segala isu yang berkaitan dan kenapa perkara itu diputuskan demikian rupa… selagi perkara itu belum disampaikan sedemikian rupa bagaimana kita nak buat keputusan tentang pandangan mereka (perwakilan),” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings