the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Tapis Khas: Lebih 20,000 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terlibat pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam ‘Op Tapis Khas 1 hingga 7’ bagi tempoh awal Januari sehingga kini.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata daripada jumlah itu 16,433 adalah penagih dadah, tokan (4,498), lain-lain kesalahan (3,144), Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 (2,102), orang yang dikehendaki (1,685) dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (848).

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan PDRM turut merampas sejumlah 2,241.53 kilogram dan 4,966.44 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM19.8 juta.

“Selain itu, PDRM juga mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dan menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM612,563,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata pecahan aset yang disita melibatkan wang tunai bernilai RM32,663, barangan kemas RM49,600 dan kenderaan bernilai RM530,300.

Menurutnya, objektif operasi khas itu antaranya untuk mengesan dan menangkap tokan-tokan dadah di hotspot yang dikenal pasti, memusnahkan sarang penagihan dadah, mengambil tindakan ke atas penagih tegar, mengesan dan menangkap orang dikehendaki atas kesalahan dadah.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Selain itu, PDRM berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings