the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Video lelaki ceroboh Menara Merdeka 118 kejadian tahun lepas: PNBMV

KUALA LUMPUR: Video memaparkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 seperti yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini, ialah kejadian yang berlaku pada 1 Mei tahun lepas.

PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PNBMV) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penceroboh berkenaan telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari sama dan didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kami ingin menekankan bahawa aksi itu menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja di tapak pembangunan.

“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram,” menurut kenyataan itu.

Tapak Menara Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan PNBMV yang akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya.

“Menceroboh ialah kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Video berdurasi tujuh minit 19 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki di bahagian atas bangunan pencakar langit itu tular dalam media sosial dengan beberapa muka mereka ditapis.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3 faces challenge in car-dependent Shah Alam: Expert

Many potential passengers live too far from LRT3 stations to walk comfortably, while weak feeder bus coverage, limited pedestrian links and underdeveloped cycling networks could restrict accessibility.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings